Friday 20 September 2013

Shot Suka Suka September

 Gambar yang baik bukan kerana Photoshop, HDR maupun kerana kecanggihan Kamera.
Pencahayaan yang baik, kombinasi warna yang baik, komposisi yang baik, kreativiti yang baik, juga kamera dan lensa yang baik. lakukan bersama gabungan perasaan dan imiginasi yang baik.

Subjek saya adalah Tangga, Bukan mereka, rasanya usia tangga ini anggaran 60 tahun tetapi masih kukuh. 
E-5,   ZD 12-60mm SWD,   @12mm.   1/40,  F4,  ISO250 
Post-Processing: Convert to BW and slight Brightness/Contrast   
Kalau nak jumpa tangga begini kena ke kampung-kampung. dulu-dulu kebanyakan rumah tangganya memang begini bentuknya. Biasanya tukang-tukang kayu yang terdiri daripada jiran akan sama-sama membantu. Sekarang ni nak cari tukang kayu.. payah .. payah.



Kedai Bundle sudah menjadi satu tempat alternatif mencari pakaian. bukan kerana harga yang murah tetapi tempat untuk mendapatkan pakaian berjenama. siapa kata murah..! MAHAL BEB.. Seluar Jeans boleh sampai seratus dua harganya. Ini adalah pilihan kerana kalau di Butik mungkin mencecah seribu ringgit..
BOLEH JIMAT KAN ... ! ..HEHE
E-5.   40-150mm @40mm,   1/60,   F3.5,   ISO200
E-5,   ZD.12-60mm SWD.  @60mm,   1/320,   F4,   I SO400. 



Warna-warna merah memang menyerlah bila bermain dengan Olympus DSLR. Tiada Post-Prosessing dilakukan kepada imej ini.


Hai JONI .. Apahal mencelah kat sini?

Band Orang Kawin. 



Oldman II, Di Kampung Saya

Rasa susah jugak nak ambil gambar Warga Emas yang memang tidak suka sangat kalau di foto wajah mereka. Tengok Aci ini, dia tenung semacam marah .. tapi sudahkan juga shot ini .. kalau dia marah masa tu, saya lari ..hehehe 

Aci ni pulak saya candidkan beberapa keping melalui bidai plastik yang koyak, itu yg saya dapat "blur foreground" 
Aney ni sporting, handsome senyuman dia..    
Oly.E5   f4.   1/60    ISO320  convert to BW


Apek sorang ni pun sporting jugak, banyak shot untuk gambar ini ..  happy betul dia saya pun layan je

Walaupun diusia Emas, mereka masih mampu ketawa walaupun kehidupan yang mereka laui tidak semudah yang kita sangkakan. Kesusahan dan kepayahan disepanjang hayat mereka tempuhi. tanpa menyalahkan sesiapa. Gambar-gambar ini diambil dimajlis penyampaian bantuan kepada Warga Emas yang susah.

Sudah Lama sangat saya tidak berjumpa kawan lama saya ini. Abang ni Dr. Sudah pencen tapi masih rajin menyertai  aktiviti kemasyarakatan.

Ini Jiran saya yang saya kenali hampir 40 tahun. Suatu masa dulu sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung terutama UMNO. Sekarang umurnya sudah menjangkau 70 tahun lebih, sudah terlalu uzur, tetapi semangatnya masih kuat .. tak luntur lah katakan. apa sahaja program yang diadakan dia pasti datang, dia akan bawa kawan untuk pimpin dia. Begitu lah .. semoga dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik tentu boleh join majlis.....   


Inilah kerja pakcik-pakcik di kampung saya. Lepak kedai kopi.. baca surat kabar, lepas baca kita boleh dengar komen-komen mereka, tentang politik, ekonomi  ehwal semasa malah gossip artis-artis pun ada....Kadang-kadang pasal komplen dan komen boleh jadi gaduh .. bising satu kedai .. ada pulak batu api bertambah riuh lagi. Seronok melayan .. gaduhnya sekejap saja .. ini sebahagian ragam masyarakat  Melayu. 
Perhatian: Anak Perempaun Pakcik ini Bekas Pemain Pertahanan Hoki Malaysia.  
Bekas Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Kami panggil dia TOK LAPAN sebab ketua kampung hanya jaga satu kampung tapi dia ni kena jaga hampir semua kampung di sekitar kerana dia mudah dihubungi dan senang berurusan. Mulut bising kaki membebel tapi hati baik sapa sahaja yang memerlukan pertolongan pasti dia bantu.  



Pak Lieh. Suka berdikari, tinggal bersendirian tak suka duduk dengan anak-anak, tak mau menyusahkan kata dia. Merayau dengan Basikalnya tak kira hujan panas.. bila penat kena teh tarik, kalau layan dia suka bercerita masa dia jadi homeguard  satu masa dulu.. banyak cerita dia masa pemerintahan Jepun dan zaman Kominis..

Panggil dia PAK RAWI. sesekali dia jadi Bilal di surau berhampiran rumah dia. Selalu excersize dengan basikal cabuk dia. Perhatian: Anak perempuan dia bekas Penjaga Gol Hoki Malaysia. 

Ini adalah sebahagian wajah-wajah Warga Emas yang dapat saya potretkan. masih ramai lagi dan In Sya Allah akan saya isi di Blog saya dimasa mendatang buat kenangan.
Gambar-gambar ini dihasilkan menggunakan kamera Olympus E5


Tuesday 27 August 2013

Majlis Perkahwinan Ateera Hafeezey

Selamat Pengantin Baru Ateera & Hafeezey.   Tema Hitam Merah kombinasi, Sofistikated, Dramatik, Dewasa dan Merah membawa Keriangan, Agresif, Penyayang. Tema ini juga telah membantu mewarnai suasana perkahwinan mereka Segar & Ceria, Indah & Sederhana.  Semoga Pasangan ini beroleh kebahagian dan diberkati perjalanan hidup mereka. 
Majlis kecil-kecilan dan sederhana namum meriah.
 

 




 
 Semua gambar-gambar yang di post disini adalah dengan izin kedua pengantin.. Ribuan Terima Kasih 
Add caption





Thursday 22 August 2013

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri. Inilah ungkapan di pagi 1 Syawal setelah menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Inilah hari kemenangan bagi umat islam seluruh dunia.  
Dipagi Syawal setelah menunaikan sembahyang sunat hari raya, biasanya semua keluarga akan berkumpul untuk bermaafan terlebih dahulu  
Selepas itu bermula lah acara yang dinanti-nantikan... Makan... Lemang, Ketupat, Lontong, Rendang Ayam dan Daging tak ketinggalan Kuah Lodeh dan Kuah Kacang serat serunding adalah diantara menu harus ada di pagi Syawal. Kuih dan Biskut kemudian ma ...
Selesai menjamu selera, barulah aktiviti mengunjungi rumah saudara-mara terdekat serta jiran bermula.. siap-siap sparekan perut untuk diisi lebih dengan perlbagai hidangan hari raya.
Kalau nak kekalkan deit haaa ikut meraka ni, bergambar dengan baju baru... jadikan apa saja tempat-tempat yang menarik dan difikirkan cantik
Nak bergambar kena ikut dia orang ni, buat muka tak tahu malu pasti Natural Look ..  Mujur tahun ini tidak cukup korum, sebahagian dari keluarga beraya di rumah ipar duai lain. Kalu tidak huru hara lagi lah dengan posing-posing maut dan giler.
Hari Raya hari bergembira, hari bermaafan juga hari kita melawat keluargayang jauh dan dekat. Hari Raya juga bolehlah dijadikan hari Bergaya, terutama orang perempuan. Satu hari boleh bertukar baju sampai 3atau 4 helai.. bila lagi nak tunjuk nak tayang.. macam-macam pesen.  

Thursday 1 August 2013

Posing Ala Pengantin

 Susah nak menggayakan Pengantin kalau kita tidak cukup pantas menangkap detik-detik yang kita kehendaki. Pengantin bukan Model terlatih namun jurugambar kena juga mengarahkan sesuatu gaya atau aksi yang termampu oleh Pengantin. Arahkan sahaja perlakuan yang mudah-mudah dan adakalanya kena juga tipu-tipu buat trik memperdayakan Pengantin. Taktik ini banyak membantu saya untuk posing yang bersahaja.  "Maaf Pengantin kadang-kadang Lu kena Tipu sama Wa.. :)
    



Gubahan Mas Kahwin yang menarik kerana Kombinasi Warnanya
Tak ada permintaan dari pihak Pengantin untuk Outdoor Session... Namun boleh juga dibuat, intai-intai lah lokasi di sekeliling tempat majlis itu diadakan. . pasti menarik juga .. Jimat Budget Pengantin..  kan.? kan..? kan...!!!

100% Crop untuk mata yang cantik milik Si Nina.




Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...