Friday 19 July 2013

SHOT SUKA SUKA - JULAI


Suka-suka SHOT maybe idea tiba-tiba saya, Sesekali saya Test and Check perfomance Kamera, SHOT sana SHOT sini, simpan dan kadang-kadang buang saje fail tu.. namun SHOT rambang begini boleh juga menghasilkan gambar-gambar yang tidak kita jangka
dari segi Kualiti dan Hasil Seni. Oleh itu baik dijadikan bahan tatapan.  

Kamera Digital macam kereta jugak kot. Tak boleh di simpan lama. 
Banyak ragamnya bila kita mula nak menggunakannya balik. Disini saya cuba setting program GRADATION kamera saya .. sehari dua ini gambar yang saya ambil terdapat warna merah yang berlebihan. Timbul masalah bila nak dapatkan SKIN TONE. Skin Tone amat penting bagi saya bila memotret. Banyak kita lihat sekarang ini potret pengantin khususnya, kekuningan dan kemerahan. Ada kalanya warna kuning dan merah terlalu kuat hingga merosakkan SUBJEK. Tak tahu lah Apa masalahnya, mungkin jurugambar itu sengaja berkarya begitu .. IMEJ KOT. 
Setahu saya Kamera Digital ada kelemahannya yang mana kalau guna Nikon hasil gambar kemerahan dan Canon kekuningan, tapi tidak lah seteruk yang saya sebutkan diatas tadi. 




Gambar ini saya ambil di Kedai Bundle.  

Picture Mode: MONOTONE         Gradation: LOW KEY   
ISO: 200        Shutter Speed: 1/60        f. Stop: 3.5 
Camera: Olympus e5

SHOT ini saya cuba dapatkan White Balance. Tak ada apa yang tak kena pada Kamera saya ini, mungkin sebab Settingnya berubah biasa lah benda Digital, kadang-kadang memang dia buat kita BIOL.   

Ini Pokok Bunga Jiran, tak tahu pula apa namanya. Jadilah SHOT Suka-Suka aje.... 


Ini Meter Paip rumah saya. Air Telus, tak de curi-curi tak baik  
Picture Mode: NATURAL      Gradation: NORMAL 
ISO: 200     Shutter Speed: 1/100     f. Stop: 4
Olympus e5      Lens: HG 12mm-60mm 




Penyapu buruk jadi mangsa Lensa Kamera, tak de Model Cantik  pun tak apa.. Penyapu Buruk pun boleh jadi cantik bila masuk dalam kamera.   

Tunggu, SHOT Suka Suka Bulan Ogos. Masih tak tahu SUBJECT apa ..   tapi  Tunggu aje lah  ye   :)

Terima Kasih.

Saturday 13 July 2013

Ahmad & Shikin

Majlis Perkahwinan Ahmad Ismail & Nurasyikin Khairul Anwar di Pasir Gudang, Johor
pada 6 Julai 2013. Selamat Pengantin Baru.









Friday 12 July 2013

Melaka Gold Color

One The Way balik dari Johor Teragak nak singgah sekejap di Melaka yang dah lama sangat tak dijengah.
Mujur jalan tak berapa sesak.
Sampai di Bandar Hilir yang terkenal ini terus saja melihat-lihat apa yang paling menarik, lalu keluarkan kamera dan mula merakamkan satu persatu subjek-subjek di Bandar Hilir. Patutlah ramai yang tertarik dengan dengan apa yang disediakan oleh Kerajaan Melaka di Bandar Hilir ini.
Kita tidak perlu berjalan jauh, semuanya ada disekitar lokasi berhampiran antara satu dengan yang lain.
Cuma rajin-rajin lah berjalan kaki kalau tidak mahu terlepas melihat keindahan Bandaraya Bersejarah ini.



Pintu yang dalam pembinaan ini sempat kami jadikan lokasi. Model-Model sukarela ini yang sentiasa bersedia beraksi, tak payah suruh-suruh sebab memang tak tahu malu pun. Kesian Adik tak dapat ikut sama sebab ada kelas. Kalau tidak menyelit lagi satu kat pintu ni. 

Singgah minum di Warung Seni. 
Difahamkan Warung Seni ini tempat berkumpul dan menyemarakan anak-anak seni jalanan seluruh Malaysia berkarya. Terletak bersebelahan Jonkers Walk satu-satunya kedai minum Melayu di kawasan ini






Tulis Ciner .. Apa dia cakap ..?





Jonkers Walk Kemegahan Cina Melaka akan ditutup.. Benarkah KM







Curi Gambar Mat Salleh yang sedang mencari arah.. Wellcome to Malaysia John


Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...