|
Rasa susah jugak nak ambil gambar Warga Emas yang memang tidak suka sangat kalau di foto wajah mereka. Tengok Aci ini, dia tenung semacam marah .. tapi sudahkan juga shot ini .. kalau dia marah masa tu, saya lari ..hehehe |
Aci ni pulak saya candidkan beberapa keping melalui bidai plastik yang koyak, itu yg saya dapat "blur foreground"
Aney ni sporting, handsome senyuman dia..
Oly.E5 f4. 1/60 ISO320 convert to BW
Apek sorang ni pun sporting jugak, banyak shot untuk gambar ini .. happy betul dia saya pun layan je
|
Walaupun diusia Emas, mereka masih mampu ketawa walaupun kehidupan yang mereka laui tidak semudah yang kita sangkakan. Kesusahan dan kepayahan disepanjang hayat mereka tempuhi. tanpa menyalahkan sesiapa. Gambar-gambar ini diambil dimajlis penyampaian bantuan kepada Warga Emas yang susah. |
|
Sudah Lama sangat saya tidak berjumpa kawan lama saya ini. Abang ni Dr. Sudah pencen tapi masih rajin menyertai aktiviti kemasyarakatan. |
|
Ini Jiran saya yang saya kenali hampir 40 tahun. Suatu masa dulu sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung terutama UMNO. Sekarang umurnya sudah menjangkau 70 tahun lebih, sudah terlalu uzur, tetapi semangatnya masih kuat .. tak luntur lah katakan. apa sahaja program yang diadakan dia pasti datang, dia akan bawa kawan untuk pimpin dia. Begitu lah .. semoga dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik tentu boleh join majlis..... |
|
Inilah kerja pakcik-pakcik di kampung saya. Lepak kedai kopi.. baca surat kabar, lepas baca kita boleh dengar komen-komen mereka, tentang politik, ekonomi ehwal semasa malah gossip artis-artis pun ada....Kadang-kadang pasal komplen dan komen boleh jadi gaduh .. bising satu kedai .. ada pulak batu api bertambah riuh lagi. Seronok melayan .. gaduhnya sekejap saja .. ini sebahagian ragam masyarakat Melayu.
Perhatian: Anak Perempaun Pakcik ini Bekas Pemain Pertahanan Hoki Malaysia. |
|
Bekas Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Kami panggil dia TOK LAPAN sebab ketua kampung hanya jaga satu kampung tapi dia ni kena jaga hampir semua kampung di sekitar kerana dia mudah dihubungi dan senang berurusan. Mulut bising kaki membebel tapi hati baik sapa sahaja yang memerlukan pertolongan pasti dia bantu. |
|
Pak Lieh. Suka berdikari, tinggal bersendirian tak suka duduk dengan anak-anak, tak mau menyusahkan kata dia. Merayau dengan Basikalnya tak kira hujan panas.. bila penat kena teh tarik, kalau layan dia suka bercerita masa dia jadi homeguard satu masa dulu.. banyak cerita dia masa pemerintahan Jepun dan zaman Kominis.. |
|
Panggil dia PAK RAWI. sesekali dia jadi Bilal di surau berhampiran rumah dia. Selalu excersize dengan basikal cabuk dia. Perhatian: Anak perempuan dia bekas Penjaga Gol Hoki Malaysia. |
|
Ini adalah sebahagian wajah-wajah Warga Emas yang dapat saya potretkan. masih ramai lagi dan In Sya Allah akan saya isi di Blog saya dimasa mendatang buat kenangan. Gambar-gambar ini dihasilkan menggunakan kamera Olympus E5
|
No comments:
Post a Comment