Friday 3 January 2014

Pak Sharif & The Gramofon

1 Januari 2014, takde buat apa .. relak just pekena milo kosong kaw dengan kengkawan. Berhampiran kedai minum tu, kelihatan Pak Shariff dengan becanya memperagakan Barangan Antik yang dijual sebagai sumber pendapatan. Tiba-tiba terfikir nak mempotret apa yang ada di atas becanya.... dengan izin Pak Sharif ini lah hasil yang sempat menjadi ilham. 


 Rusa tembaga ini berharga RM450.00. "Ambil untung sikit tak mau banyak-banyak" kata Pak Sharif. Siapa berminat silakan. Terletak di Parking kereta Majlis Perbandaran Kg Selayang Baru. Setiap hari Sabtu dan Ahad.   

 Mesra Pelanggan. Pak Sharif sedia melayan pertanyaan apa sahaja mengenai latar belakang Barangan Antik yang dijualnya.
Kebanyakan Barangan ini dibeli dari orang perseorangan yang sudah tidak mahu menggunakan lagi barangan tersebut. Biasanya barang-barang ini dalam keadaan yang sudah rosak  atau pun buruk dan kotor. Pak Sharif akan membersihkannya dan kalau rosak Pak Sharif akan memperbaiki semula. 


 Gramofon ini dibeli dan diperbaiki semula, digilap dan ini lah rupanya.. bersih dan cantik. Kalau ada seiapa memiliki gramofon yang rosak ingin memperbaikinya bolehlah berjumpa Pak Sharif, Beliau sedia membantu dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan. 

Ada yang dibeli dari pengedar barangan antik, ada juga melalui kawan-kawan. Paling Banyak boleh didapati  di Perak, Johor, Kedah, Penang dan yang paling mudah di Melaka.  





Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...