Tuesday 10 March 2015

POSING PENGANTIN #ll

Bagi Saya yang paling susah bila nak memposingkan Pengantin Lelaki. Maklomlah lelaki kan Brutal. Biasanya mereka akan menjadi kekok, serba salah dan malu-malu bila berdepan dengan kamera. 
Kalau berdepan dengan pengantin Lelaki begini, terpaksa lah saya buat trick dan tipu-tipu untuk dapatkan pose yang saya mahu. Namun sesekali dapat juga pengantin yang buat post selamba, senang diarahkan dan tahu apa yang saya mahu.  

Ada juga pengantin lelaki yang pada mulanya malu-malu, tetapi bila dah mula pose beberapa shot, wah senang tak payang nak susah-susah lagi cakap sikit macam mana gaya dia sudah tahu nak menggayakan dirinya. 








Kamera: Olympus E5
Lens:      Zuiko ZD SWD 12mm - 60mm, Zuiko 50mm 1.4
              Zuiko 40mm - 150mm

Post Process: Olympus viewver 3
Editing: Paintshop Pro X6
             Corel Graphic Suite & Corel Paint

Terima Kasih Banyak-banyak kepada yang sering melawati Blog saya dan hasil kerja ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk tatapan. Jika ada yang ingin menggunakan khidmat fotografi saya sila tel: 019 204 1361 

          

Friday 6 March 2015

PENGANTIN DULU-DULU

 Salam Sejahtera .. .. .. Bila memotret pengantin biasanya tidak banyak memberi kita ruang, lokasi dan masa untuk mendapatkan imej kreatif. Namun harus diteruskan atas kepercayaan dan amanah yang diberi. Bila balik mengadap PC memang ada sahaja benda-benda yang tak kena, sana sini kurang atau terlebih. Tetapi ini adalah bahagian fotografi yang saya minati. POTRAITURE.




Pengantin masa lalu lebih dipelbagaikan acara majlisnya... ada Majlis Berinai Kecil, esoknya Berinai Besar, ada juga Majlis Berkhatam. Yang paling berat bagi seorang jurugambar bab Persalinan. Pengantin Perempuan akan memperagakan pakaian yg disewa dari Mak Andam. Paling sikit 3 helai, ini tidak termasuk pakaian Majlis Pernikahan, Berinai dan Majlis Persandingan.
Rekod jumlah pakaian pengantin yang perrnah saya lakukan adalah 13 helai. Bermula dari malam sebaik selesai majlis berinai bersambung keesok  paginya hinggalah selesai jam 12 tengah hari. Kering idea nak memperagakan pengantin tersebut.  Seronok dapat shoot pelbagai jenis pakaian tradisonal maupun ala-ala negara pilihan. Antara pakaian popular waktu itu pakaian ala Bugis, Jawa dan minangkabau selain baju kurung moden dan kebaya. Ada juga Pakaian Trdisonal Jepun, Korea, Cina, ala ala Bolywood dan Siam. 
Pengantin sekarang lebih ringkas. Pakaian waktu bernikah dan Resepsi sahaja. Sebagai jurugambar terasa sunyi pula dengan kepelbagaian pakaian, tidak macam dulu-dulu meriah dengan pelbagai fesyen. Suasana dan cara hidup sudah berubah jadi corak kehidupan dan citarasa juga turut berubah.

Gambar-gambar di rakam menggunkan Kamera FIlem dan Digital.
Nikon FM. Lens:50mm 1.8 & 135mm 2.8
Hasselblad 500cm. Lens: Ziess Plannar 80mm f2.8
Olympus E500. Lens: 14-42mm & 40-150mm.
Re-Photo: Olympus E5. Lens ZD12-60..


Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...