Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi untuk sama-sama-sama manjauhkan kita dari dijangkiti satu wabak bahaya yang tidak kita nampak.
Maka Banyak Majlis perkahwinan terpaksa ditangguh dan yang sedang merancang perkahwinan terpaksa memikirkan sama ada untuk bersabar atau terus dengan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan. Jurugambar majlis perkahwinan ramai yang mengeluh, apa nak buat, terima sahaja apa yang menimpa, namun masih ada yang berpeluang melangsungkan perkahwinan walau dalam keadaan yang tidak semeriah dahulu. Saya juga menerima tempahan-tempahan yang terpaksa ditangguhkan. Kena tunggu tarikh dan kelonggaran syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akhirnya ada juga peluang yang datang... alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment