Friday, 6 December 2013

Gemstone. The Secret Garden

Sewaktu melangkah masuk ke PWTC untuk turut serta meramai-ramaikan suasana Persidangan Agung UMNO 2013, tiba-tiba mata tersangkut di salah satu booth bercahaya warna warni. OK apa lagi singgah jap ..
Saya disambut mesra dan diberi penjelasan agak terperinci tentang Tiffany ini. Rupanya yang saya sangka kaca berwarna ini sebenarnya kepingan Batu Berwarna .. WOW.. mugkin masih baru bagi saya yang mana biasanya lampu-lampu begini diperbuat daripada kaca.

Seni lampu kaca berwarna ini diperkenalkan oleh Charles Louis Tiffany pada tahun 1895 di New York USA. Sebab itu lampu ini dinamakan TIFFANY.
C. Louis Tiffany memotong kaca berwarna menjadi kepingan berbentuk lalu mencantumkan ala Puzzle. Apa yang kelihatan disini sebaliknya, ia diperbuat daripada batu-batu berwarna. Batu-batu yang terdapat diseluruh dunia dipilih untuk dibentuk menjadi satu kerja seni halus. Teknik yang sangat rumit ini memerlukan kesabaran, ketelitian malah hanya mereka yang pakar sahaja yang mampu melakukannya. 


Bermula dari seketul batu dipotong menjadi kepingan nipis ditempa dengan begitu halus malah memilih batu yang lut-cahaya memang lah menjadi sangat sukar. Tidak hairanlah harganya menjangkau puluhan hingga ratusan ribu.  

Kepingan batu yang telah dipotong mengikut bentuk tertentu dicantumkan menggunakan Copper dan bronze dengan alat pembakar khas. Hasil Karya unik ini hanya dilakukan oleh pakar-pakar tempa yang berpengalaman lebih 15 tahun

Hanging Shade posisi kamera dari bawah.

Batu-batu (Gemstone) yang lut cahaya mengeluarkan warna mengikut warna asli batu tersebut. Corak Taman.  Biasanya mengambil corak bunga dan daun disusun dengan tesendiri bagi menghasilkan jambakan rekabentuk asal Tiffany.

Jenis Gemstone berwarna hijau seperti Jade dan Zamrud.

Thank Mr. XK Ong, kerana mengizinkan saya merakamkan Tiffany Gemstone syarikatnya. TSG 1895 Malaysia Sdn. Bhd. Dalam masa yang sesingkat ini, saya merasa tidak puas namun sudah memadai hasil kerja unik ini  mengisi blog saya.  




Lampu gantung ini turut menyerap corak Geomatri Islam


Maklumat gambar: 

Kamera: Olympus e5,  ZD 12 - 60mm 2.8/4
White Balance: Auto
iso: 800/1000  



No comments:

Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...