Friday 13 May 2016

PHOTO : Saya dan Wedding Ceremony

Sudah lama sangat tak usik-usik blog ini, macam sudah dilupakan tetapi tidak lah lupa terus.. Masih ingat cuma tiada bahan yang nak dimasukkan. Ini sebahagian daripada simpanan gambar-gambar yang saya montagekan. Saya rasa ini antara yang terbaik untuk tatapan dan ini juga yang terbaik untuk dipertontonkan hehehe.... Ada diantara gambar-gambar ini saya cuba konsepsualkan, asal tidak terlalu tertumpu kepada maksud subjek sebenar. saya juga cuba menyelitkan unsur fine art dalam beberapa keping gambar ini, tetapi tidak terlalu, takut tersasar dari maksud sebenar gambar ini diambil. Warna Merah dan Hitam adalah warna koporat syarikat, jadi saya gabungkan warna-warna itu dengan warna-warna subjek..dengan harapan menjadi dan Ya... memang menjadi.
Majlis Perkahwinan detik kenangan sekali dalam seumur hidup .. Tetapi ada juga yang berpeluang dua kali atau lebih, namun yang pertama kali sebenarnya lebih bermakna lebih meriah dan ada kepelbagaian terutama susun cara majlis dan persiapan. Saya lebih gemar merakam acara-acara yang berunsur adat lama, tetapi hari ini teramat jarang dapat kita lihat rugi rasanya adat dan syarat sudah mula hilang. Tumpuan hari ini sekadar mengadakan majlis dengan mengikut kretiviti masing-masing. Ada Gimik, ada Tema warna. Majlis ringkas dan biasanya akan tamat pukul 4 petang dan disusuli dengan foto outing. Kalau hujan kempunan je lah... pengantin  masuk bilik tukar baju dok lepak tengok apa yang boleh dibuat lagi.


Saya sentiasa cuba merakam kemeriahan sesuatu majlis. Pengantin mesti nampak ceria gembira dan segar sewaktu posing, beraksi tanpa kekok dan kaku, mesti nampak saling romantis, mesra dan bersahaja. Memang susah untuk melakukannya didepan kamera. Kerjasama antara pengantin dan jurugambar akan dapat hasil seperti gambar-gambar saya ini. Bagi saya ini sudah cukup. Pose saya tiada gimik, saya sudah ada konsepnya, pose duduk atau berdiri yang bagaimana kelihatan menarik dan bersahaja namun bermakna.

Majlis Perkahwinan sudah menjadi sebati bagi saya. Pada awal zaman remaja saya pemain kompang, jadi ketua pulak tu...saya juga ketua kumpulan penanggah. saya juga jadi DJ dirumah orang kahwin. Zaman itu sekitar tahun 1979 (bermula) orang akan jadi pelik bila tengok DJ, rasanya kumpulan saya sahaja yang buat kerja ini pada masa itu. Kami putarkan lagu dan ada permintaan lagu jugak. buat muka tak malu je tapi seronok ramai peminat, setiap minggu saya kumpul alamat awek-awek yang nak berkenalan. Glamour U. Beberpa tahun kemudian saya mula memiliki kamera dan dari situ lah kehidupan saya dengan orang kahwin menjadi sebati. Rasanya segala selok belok urusan perkahwinan saya tahu, cuma tak jadi Wedding Planner saje, kenapa? .. Entah. Saya seronok, puas dan dapat menimba satu daripada bahagian ilmu Budaya Melayu.   

Potret Fotografi adalah kegemaran saya. Dalam sebuah Potret kita dapat memahami perasan orang. Saya cuba mengukir perasaan pasangan pengantin pada waktu itu. Saya harap mereka akan meyimpan dan mengenang saat-saat hari itu. Pasangan pengantin akan berharap majlisnya menjadi sesuatu yang bermakna dan istimewa, begitu juga keluarga mereka. Saya cuba merakamkan disetiap bahagian majlis, momen acara, aktiviti dari luar hingga ke pentas pelamin. Candid, group photo, kawan-kawan, saudara mara termasuk barang-barang persiapan. Biasanya saya akan bersama-sama seorang lagi kawan membantu merakam momen penting dimajlis ini. Pengantin puas hati saya juga turut puas, hilang rasa penat.  







Saya akan sentiasa dan terus berkhidmat dimajlis perkahwinan. Selagi sihat dan selagi ada yang sedia memerlukan khidmat saya. Boleh hubungi saya bila-bila pun, melalui telepon 019 204 1361 atau whatsapp 011 2904 8774. harga boleh kita rundingkan. Anda kaya atau biasa-biasa saje... harga saya tetap sama, rezeki tidak menentukan siapa yang memberi. Berapa yang ada cukup untuk hari itu.  

Untuk akan datang saya sedang menyiapkan Black & White Photography saya.
Berkonsepkan Fine Art sebagai portfolio.       >Norman Yahya<

Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...