Tuesday 27 August 2013

Majlis Perkahwinan Ateera Hafeezey

Selamat Pengantin Baru Ateera & Hafeezey.   Tema Hitam Merah kombinasi, Sofistikated, Dramatik, Dewasa dan Merah membawa Keriangan, Agresif, Penyayang. Tema ini juga telah membantu mewarnai suasana perkahwinan mereka Segar & Ceria, Indah & Sederhana.  Semoga Pasangan ini beroleh kebahagian dan diberkati perjalanan hidup mereka. 
Majlis kecil-kecilan dan sederhana namum meriah.
 

 




 
 Semua gambar-gambar yang di post disini adalah dengan izin kedua pengantin.. Ribuan Terima Kasih 
Add caption





Thursday 22 August 2013

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri. Inilah ungkapan di pagi 1 Syawal setelah menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Inilah hari kemenangan bagi umat islam seluruh dunia.  
Dipagi Syawal setelah menunaikan sembahyang sunat hari raya, biasanya semua keluarga akan berkumpul untuk bermaafan terlebih dahulu  
Selepas itu bermula lah acara yang dinanti-nantikan... Makan... Lemang, Ketupat, Lontong, Rendang Ayam dan Daging tak ketinggalan Kuah Lodeh dan Kuah Kacang serat serunding adalah diantara menu harus ada di pagi Syawal. Kuih dan Biskut kemudian ma ...
Selesai menjamu selera, barulah aktiviti mengunjungi rumah saudara-mara terdekat serta jiran bermula.. siap-siap sparekan perut untuk diisi lebih dengan perlbagai hidangan hari raya.
Kalau nak kekalkan deit haaa ikut meraka ni, bergambar dengan baju baru... jadikan apa saja tempat-tempat yang menarik dan difikirkan cantik
Nak bergambar kena ikut dia orang ni, buat muka tak tahu malu pasti Natural Look ..  Mujur tahun ini tidak cukup korum, sebahagian dari keluarga beraya di rumah ipar duai lain. Kalu tidak huru hara lagi lah dengan posing-posing maut dan giler.
Hari Raya hari bergembira, hari bermaafan juga hari kita melawat keluargayang jauh dan dekat. Hari Raya juga bolehlah dijadikan hari Bergaya, terutama orang perempuan. Satu hari boleh bertukar baju sampai 3atau 4 helai.. bila lagi nak tunjuk nak tayang.. macam-macam pesen.  

Thursday 1 August 2013

Posing Ala Pengantin

 Susah nak menggayakan Pengantin kalau kita tidak cukup pantas menangkap detik-detik yang kita kehendaki. Pengantin bukan Model terlatih namun jurugambar kena juga mengarahkan sesuatu gaya atau aksi yang termampu oleh Pengantin. Arahkan sahaja perlakuan yang mudah-mudah dan adakalanya kena juga tipu-tipu buat trik memperdayakan Pengantin. Taktik ini banyak membantu saya untuk posing yang bersahaja.  "Maaf Pengantin kadang-kadang Lu kena Tipu sama Wa.. :)
    



Gubahan Mas Kahwin yang menarik kerana Kombinasi Warnanya
Tak ada permintaan dari pihak Pengantin untuk Outdoor Session... Namun boleh juga dibuat, intai-intai lah lokasi di sekeliling tempat majlis itu diadakan. . pasti menarik juga .. Jimat Budget Pengantin..  kan.? kan..? kan...!!!

100% Crop untuk mata yang cantik milik Si Nina.




Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...