Friday, 20 September 2013
Shot Suka Suka September
Gambar yang baik bukan kerana Photoshop, HDR maupun kerana kecanggihan Kamera.
Pencahayaan yang baik, kombinasi warna yang baik, komposisi yang baik, kreativiti yang baik, juga kamera dan lensa yang baik. lakukan bersama gabungan perasaan dan imiginasi yang baik.
E-5. 40-150mm @40mm, 1/60, F3.5, ISO200 |
E-5, ZD.12-60mm SWD. @60mm, 1/320, F4, I SO400. |
Warna-warna merah memang menyerlah bila bermain dengan Olympus DSLR. Tiada Post-Prosessing dilakukan kepada imej ini. |
Hai JONI .. Apahal mencelah kat sini? |
Band Orang Kawin. |
Oldman II, Di Kampung Saya
Aci ni pulak saya candidkan beberapa keping melalui bidai plastik yang koyak, itu yg saya dapat "blur foreground"
Aney ni sporting, handsome senyuman dia.. Oly.E5 f4. 1/60 ISO320 convert to BW
Apek sorang ni pun sporting jugak, banyak shot untuk gambar ini .. happy betul dia saya pun layan je
Sudah Lama sangat saya tidak berjumpa kawan lama saya ini. Abang ni Dr. Sudah pencen tapi masih rajin menyertai aktiviti kemasyarakatan. |
Panggil dia PAK RAWI. sesekali dia jadi Bilal di surau berhampiran rumah dia. Selalu excersize dengan basikal cabuk dia. Perhatian: Anak perempuan dia bekas Penjaga Gol Hoki Malaysia. |
Tuesday, 27 August 2013
Majlis Perkahwinan Ateera Hafeezey
Selamat Pengantin Baru Ateera & Hafeezey. Tema Hitam Merah kombinasi, Sofistikated, Dramatik, Dewasa dan Merah membawa Keriangan, Agresif, Penyayang. Tema ini juga telah membantu mewarnai suasana perkahwinan mereka Segar & Ceria, Indah & Sederhana. Semoga Pasangan ini beroleh kebahagian dan diberkati perjalanan hidup mereka.
Majlis kecil-kecilan dan sederhana namum meriah. |
Semua gambar-gambar yang di post disini adalah dengan izin kedua pengantin.. Ribuan Terima Kasih |
Add caption |
Thursday, 22 August 2013
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri. Inilah ungkapan di pagi 1 Syawal setelah menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Inilah hari kemenangan bagi umat islam seluruh dunia. |
Dipagi Syawal setelah menunaikan sembahyang sunat hari raya, biasanya semua keluarga akan berkumpul untuk bermaafan terlebih dahulu |
Selesai menjamu selera, barulah aktiviti mengunjungi rumah saudara-mara terdekat serta jiran bermula.. siap-siap sparekan perut untuk diisi lebih dengan perlbagai hidangan hari raya. |
Kalau nak kekalkan deit haaa ikut meraka ni, bergambar dengan baju baru... jadikan apa saja tempat-tempat yang menarik dan difikirkan cantik |
Hari Raya hari bergembira, hari bermaafan juga hari kita melawat keluargayang jauh dan dekat. Hari Raya juga bolehlah dijadikan hari Bergaya, terutama orang perempuan. Satu hari boleh bertukar baju sampai 3atau 4 helai.. bila lagi nak tunjuk nak tayang.. macam-macam pesen. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Awei&Fatin
Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...