Salam Sejahtera kepada anda yang melawati Blog saya.. Terima Kasih diatas kesudian mengintai-ngintai gambar saya buat tatapan. Apa pun tujuan anda diharap ada sesuatu dapat kita kongsikan walau pun hanya sedikit yang dapat menarik minat anda. Sebagai Jurugambar dan meminati Fotografi saya cuba sampaikan apa yang terkandung didalam hati saya melalui pengamatan Lensa Kamera saya. Terima Kasih Daun Keladi, Kalau sudi lawat- lawat lah lagi...
Hari ini saya tertarik untuk memaparkan gambar-gambar pemuzik satu kumpulan yang dekat dengan saya. Dekat sebagai kawan dan jiran. Ini bukan kali pertama saya melihat kumpulan ini bermain .. cuma baru kali ini terlintas difikiran saya yang agak payah kalau kita nak melihat ada Kumpulan Pancaragam bermain di rumah orang kahwin. Kebiasaannya Set Karaoke yang buat bising memeriahkan sesuatu majlis.
SLAYAN'K .. .. Nama bagi kumpulan pemuzik ini. Sebenarnya mereka adalah pemuzik yang berpengalaman, dengan skil mereka yang agak tinggi mereka berjaya menampilkan pelbagai Genra Muzik lama dan baru. Pasti terhibur dan puas kalau menonton persembahan mereka. Kata Orang "Macam Ori Lah"
Walaupun mereka berpengalaman dalam bidang muzik.. Namun Mereka lebih Selesa dan Enjoy bermain di Majlis-Majlis Perkahwinan dan Keraian. Kenapa..! ? .. Muzik sekadar suka-suka, Riadah, Mengisi Masa Lapang dan Hobi .. hehehe itu kata pemain Drum kumpulan ini. Dapat sedikit duit untuk menampung keperluan peralatan dan boleh pekena Teh Tarik sudah cukup puas hati lah....
No comments:
Post a Comment