Friday 19 July 2013

SHOT SUKA SUKA - JULAI


Suka-suka SHOT maybe idea tiba-tiba saya, Sesekali saya Test and Check perfomance Kamera, SHOT sana SHOT sini, simpan dan kadang-kadang buang saje fail tu.. namun SHOT rambang begini boleh juga menghasilkan gambar-gambar yang tidak kita jangka
dari segi Kualiti dan Hasil Seni. Oleh itu baik dijadikan bahan tatapan.  

Kamera Digital macam kereta jugak kot. Tak boleh di simpan lama. 
Banyak ragamnya bila kita mula nak menggunakannya balik. Disini saya cuba setting program GRADATION kamera saya .. sehari dua ini gambar yang saya ambil terdapat warna merah yang berlebihan. Timbul masalah bila nak dapatkan SKIN TONE. Skin Tone amat penting bagi saya bila memotret. Banyak kita lihat sekarang ini potret pengantin khususnya, kekuningan dan kemerahan. Ada kalanya warna kuning dan merah terlalu kuat hingga merosakkan SUBJEK. Tak tahu lah Apa masalahnya, mungkin jurugambar itu sengaja berkarya begitu .. IMEJ KOT. 
Setahu saya Kamera Digital ada kelemahannya yang mana kalau guna Nikon hasil gambar kemerahan dan Canon kekuningan, tapi tidak lah seteruk yang saya sebutkan diatas tadi. 




Gambar ini saya ambil di Kedai Bundle.  

Picture Mode: MONOTONE         Gradation: LOW KEY   
ISO: 200        Shutter Speed: 1/60        f. Stop: 3.5 
Camera: Olympus e5

SHOT ini saya cuba dapatkan White Balance. Tak ada apa yang tak kena pada Kamera saya ini, mungkin sebab Settingnya berubah biasa lah benda Digital, kadang-kadang memang dia buat kita BIOL.   

Ini Pokok Bunga Jiran, tak tahu pula apa namanya. Jadilah SHOT Suka-Suka aje.... 


Ini Meter Paip rumah saya. Air Telus, tak de curi-curi tak baik  
Picture Mode: NATURAL      Gradation: NORMAL 
ISO: 200     Shutter Speed: 1/100     f. Stop: 4
Olympus e5      Lens: HG 12mm-60mm 




Penyapu buruk jadi mangsa Lensa Kamera, tak de Model Cantik  pun tak apa.. Penyapu Buruk pun boleh jadi cantik bila masuk dalam kamera.   

Tunggu, SHOT Suka Suka Bulan Ogos. Masih tak tahu SUBJECT apa ..   tapi  Tunggu aje lah  ye   :)

Terima Kasih.

Saturday 13 July 2013

Ahmad & Shikin

Majlis Perkahwinan Ahmad Ismail & Nurasyikin Khairul Anwar di Pasir Gudang, Johor
pada 6 Julai 2013. Selamat Pengantin Baru.









Friday 12 July 2013

Melaka Gold Color

One The Way balik dari Johor Teragak nak singgah sekejap di Melaka yang dah lama sangat tak dijengah.
Mujur jalan tak berapa sesak.
Sampai di Bandar Hilir yang terkenal ini terus saja melihat-lihat apa yang paling menarik, lalu keluarkan kamera dan mula merakamkan satu persatu subjek-subjek di Bandar Hilir. Patutlah ramai yang tertarik dengan dengan apa yang disediakan oleh Kerajaan Melaka di Bandar Hilir ini.
Kita tidak perlu berjalan jauh, semuanya ada disekitar lokasi berhampiran antara satu dengan yang lain.
Cuma rajin-rajin lah berjalan kaki kalau tidak mahu terlepas melihat keindahan Bandaraya Bersejarah ini.



Pintu yang dalam pembinaan ini sempat kami jadikan lokasi. Model-Model sukarela ini yang sentiasa bersedia beraksi, tak payah suruh-suruh sebab memang tak tahu malu pun. Kesian Adik tak dapat ikut sama sebab ada kelas. Kalau tidak menyelit lagi satu kat pintu ni. 

Singgah minum di Warung Seni. 
Difahamkan Warung Seni ini tempat berkumpul dan menyemarakan anak-anak seni jalanan seluruh Malaysia berkarya. Terletak bersebelahan Jonkers Walk satu-satunya kedai minum Melayu di kawasan ini






Tulis Ciner .. Apa dia cakap ..?





Jonkers Walk Kemegahan Cina Melaka akan ditutup.. Benarkah KM







Curi Gambar Mat Salleh yang sedang mencari arah.. Wellcome to Malaysia John


Sunday 16 June 2013

Me&MyCamera

Saya tidak pernah menyimpan impian atau bercita-cita nak jadi Cameraman. Dulu-dulu kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa.. kebanyakannya jawapannya hanya dalam lingkaran Doktor, Peguam, polis, Askar, Ahli Bomba, Cikgu. Itu saja lah yang kami tahu, mungkin sebab pendedahan waktu itu sangat terbatas. Tak apa lah apa pun yang jelas sekarang kawan-kawan sekolah saya sekarang dah jadi macam-macam.

Saya pula dah jadi Cameraman  :)  .. Masa di sekolah saya memang punya bakat melukis, semua hasil lukisan saya mendapat perhatian guru lukisan saya yang sememangnya seorang pelukis hebat. Cikgu Shahrom Kasim (Perempuan Cantik lagi Sexy) .. Terima Kasih Cikgu, Alhamdulillah.

Lepas sekolah, biasalah huru-hara tak tahu nak buat kerja apa, kalau ada kerja, kejap sahaja dah berhenti bosan, menyampah macam-macam lagi. 

Suatu hari kawan karib saya buat hal... dia paksa saya beli kamera kawan dia (second-hand) dia ampu- bodek saya supaya saya beli tu..dia kata saya orang seni, pandai melukis pandai buat design dan sebagainya dengan harapan saya beli kamera tu. Maklom lah nak tolong kawan dia yang tengah sesak.


Yashica FX-3
Harga termasuk 50mm 1.9 sekitar RM 280.00
SLR paling popular ,tetapi susah sangat nak tengok orang pakai kamera waktu itu.
Dikatakan hanya  Orang Kaya, kalau ada kamera hahaha , ..


Pertama kali dia tunjukkan kamera ini pada saya, saya hanya tengok sahaja, tak berani nak sentuh. Tengok je dah takut, takut rosak .. maklom lah zaman tu benda-benda berteknologi sangat asing, jadi beruk rasanya.
Saya tak jadi beli sebab tak ada duit tak mampu nak melayan kerja-kerja orang kaya ni. Lagi pun tak berminat. Buta Fotografi masa tu. 

Al-kisah beberapa bulan sebelumnya saya sudah pun menggunakan kamera buat pertama kali. Kawan kasi pinjam kamera dia sebab nak pergi rombongan. Pertama kali jadi jurugambar .. kalut jugak, panic takut jak jadi. Tak sangka pula kamera ini mengeluarkan hasil yang sangat cantik dari segi warna, kecerahan serta ketajaman gambar "wow"
saya isikan filem 35mm 24 dedahan kedalam kamera ini dan saya dapat 50 keping gambar.. ekonomi jugak kan..! sebab kamera ini berformat 35mm tetapi dia hanya menggunakan setengah daripada frame filem.  


Olympus Pen.
Manual Half Frame Camera.
Ini adalah Model Olympus Pen yang pertama dihasilkan oleh Jepun pada tahun 1959 format
Manual 35mm Filem dan sehingga kini Olympus masih mengeluarkan siri Pen dalam format 4.3 Digital. 


Berbalik kepada kisah kawan karib saya tadi sebulan selepas usaha dia nak menjualkan kamera Yashica FX 3 tadi, dia bawa pula kamera Olympus OM10. 

Kamera ini nampak lebih cantik, lebih kukuh dan lebih canggih berbanding Yashica FX 3. Kali ini kamera ini dilengkapi dengan Motor Drive serta Manual Adaptor. Buat pertama kalinya saya beranikan diri membelek serta memegang kamera dan barulah saya rasa berminat dan saya bersetuju membelinya (second hand juga) entah macam mana selepas seminggu tuan empunya kamera tu tak jadi pula nak jual kamera tu.. Frust la pulak, hati dah berkenan tak jadi pulak.. berat betul.... tak apa lah saya ambil keputusan nak beli terus yang baru sahaja. Saya merayau disetiap kedai kamera di Kuala Lumpur selama 3 bulan, pilih, belek, tanya sana tanya sini maklom lah kita bukan tahu apa pun pasal kamera, so kena lah bertanya supaya tak salah beli nanti... hehehe ...



Ini antara kamera yang banyak dipasaran waktu itu

Mulanya saya nak beli Olympus OM10, entah macam mana terpaut pulak dengan Nikon FM, nampak Solid & Strong. Tapi mahal la pulak.... takpe hati dah terpikat kumpul sana sani tarik sana sini akhirnya beli jugak lah..




Inilah Kamera Pertama saya.
Tak salah beli, memang bagus dari segala aspek fotografi 100% manual
  
Ini Kamera Digital Pertama Saya. Dah Jadi kamera kesayangan,
walaupun murah tapi berkualiti, tak banyak kerenah WB  "WAH" terbaik 

Kena ikut peredaran zaman, Teknologi meningkat kadang kala sampai tak paham, namun kena ambil tahu, kena pelajari ilmu-ilmu masa kini.. da tua rasanya .. tapi tak boleh ketinggalan ilmu. Cara guna Kamera Digital nampak mudah, ye memang mudah tapi kronik banyak sangat yang perlu dijaga, ditekan di pulas. Kesimpulannya RUMIT, CEREWET, Kamera Filem susah guna tapi SIMPLE .. .. ..     

Bermulalah Era Digital dibidang Fotografi bagi diri saya. Tak banyak masalah buat saya kerana asas fotografi saya cukup kuat, cuma perlu memahami sistem digital serta butang suis yang banyak. Ramai orang bertanya, mengapa guna Olympus tidak Canon atau Nikon yang lebih popular. Saya jawab tak tahu... saya memilih barang keperluan saya, biasanya mengikut gerak hati, naluri saya yang memilih.

Kelebihan Olympus adalah sistem White Balance, adalah yang terbaik buat masa ini. Saya memiliki Hasselblad 500cm dan sudah biasa dengan kualiti gambarnya dan apabila saya gunakan Olympus saya dapati warna-warna pastelnya hampir sama termasuk Gradation serta Skin Tone.  


Hasselblad 500cm with 80 mm 2.8 Carl Zeiss Plannar Lenses


Setelah berpuasa hati dengan Olympus e500 saya pun ambil keputusan beli lagi satu e5 pulak dan hingga sekarang cari makan dengan Olympus e5 dan e500.

Olympus e5. Zuiko Digital12 - 60mm  




Semua gambar hasil kerja saya disini menggunakan Olympus e500 dan e5.

Wassalam.
Norman Yahya.

Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...