Friday, 3 January 2014

Pak Sharif & The Gramofon

1 Januari 2014, takde buat apa .. relak just pekena milo kosong kaw dengan kengkawan. Berhampiran kedai minum tu, kelihatan Pak Shariff dengan becanya memperagakan Barangan Antik yang dijual sebagai sumber pendapatan. Tiba-tiba terfikir nak mempotret apa yang ada di atas becanya.... dengan izin Pak Sharif ini lah hasil yang sempat menjadi ilham. 


 Rusa tembaga ini berharga RM450.00. "Ambil untung sikit tak mau banyak-banyak" kata Pak Sharif. Siapa berminat silakan. Terletak di Parking kereta Majlis Perbandaran Kg Selayang Baru. Setiap hari Sabtu dan Ahad.   

 Mesra Pelanggan. Pak Sharif sedia melayan pertanyaan apa sahaja mengenai latar belakang Barangan Antik yang dijualnya.
Kebanyakan Barangan ini dibeli dari orang perseorangan yang sudah tidak mahu menggunakan lagi barangan tersebut. Biasanya barang-barang ini dalam keadaan yang sudah rosak  atau pun buruk dan kotor. Pak Sharif akan membersihkannya dan kalau rosak Pak Sharif akan memperbaiki semula. 


 Gramofon ini dibeli dan diperbaiki semula, digilap dan ini lah rupanya.. bersih dan cantik. Kalau ada seiapa memiliki gramofon yang rosak ingin memperbaikinya bolehlah berjumpa Pak Sharif, Beliau sedia membantu dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan. 

Ada yang dibeli dari pengedar barangan antik, ada juga melalui kawan-kawan. Paling Banyak boleh didapati  di Perak, Johor, Kedah, Penang dan yang paling mudah di Melaka.  





Thursday, 12 December 2013

ANTARA BUDAYA, SUMATERA.

PACU JAWI, PESONA WISATA, KULINER PERGELARAN BUDAYA.KABUPATEN TANAH DATAR, PROVINSI SUMATERA BARAT. INDONESIA
Ini adalah kumpulan kebudayaan dari Sumatera di Daerah Tanah Datar. Baru-baru ini telah datang ke Kuala Lumpur mengadakan persembahan bagi mempromosikan Kebudayaan-kebudayaan mereka. Persembahan diadakan di Komplek Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur. 




Kumpulan Musik Cak lempong berlatar belakangkan gambar aksi Pacu Jawi
Antara Peserta yang memberi persembahan pada malam itu




Datu` Suhaimi Sahadan selaku Pengerusi Kraf turut melancarkan program persembahan malam Pacu Jawi
Add caption
Add caption


Penyanyi dari Tanah Datar berduet meyampaikan lagu daerah. Latar belakang Aksi Pacu Jawi. Pacu Jawi adalah satu permainan turun temurun masyarakat muda Daerah Tanah Datar.
Kabupaten Tanah Datar adalah satu dari 19 Kabupaten (Daerah) kota di Sumatera denga ibu kotanya Batusangkar.Kabupaten yang bercuaca sejuk ini terletak tepat di tengah-tengah Provinsi Sumatera Barat. Anda Boleh sampai dengan mudah dari kota-kota berhampiran , antaranya Bukittinggi, Payakumbuh,  Sawahlunto, Sijunjung, Solok dan Padang Panjang. Tanah Datar Memiliki banyak tempat tempat menarik  dan kaya dengan kebudayaan tersendiri mereka, dianggarkan 150 jenis kepelbagaian yang tidak kedapatan di daerah lain. Antara Seni anak tempatan yang sedia menarik perhatian pelancung seperti Taritarian, Lukah Gilo, Alu Katentong, Pacu Jawi dan Pacu kuda.
Sebenarnya Yang paling menarik disini adalah Pacu Jawi. PACU bermakna LUMBA dan JAWI bermaksud Lembu atau Sapi (Kerbau). Acara diadakan setiap tahun yang mana melibatkan sehingga 500 - 800 ekor lembu. Seorang pemacu atau boleh di panggil JOKI akan mengendalikan pelumbaan lembu lembu ini. Apa yang menariknya perlumbaan ini boleh di kira jenis Sukan Extrem. Setiap Joki harus mempunyai kekuatan badan dan mental sewaktu memacu lembu tersebut. Acara ini di lakukan di tanah-tanah sawah milik masyarakat tempatan. Bayangkan betapa berlumpurnya mereka menuju tempat penamat perlumbaan. MAAF gambar-gambar perrayaan dan pesta ini tidak lengkap dan maklumat terhad. In Sya Allah saya akan menyambung kisah ini bila saya berpeluang ke Tanah Datar dan melaluinya sendiri akan saya paparkan gambar-gambar acara mereka. 











Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...