Saturday, 18 June 2016

Architecture. BW Fine Art.

Koleksi Architucture Fine Art Black and White Photography saya sekitar Kuala Lumpur.  Terlalu banyak bangunan-bangunan baru dibina melambangkan kepesatan kemajuan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur hari ini. Secara terpericinya Bandaraya Kuala Lumpur telah menampakkan ciri-ciri pusat kewangan Malaysia. Ini sebahagian bangunan yang telah dibina. Ada banyak lagi yang sedang dalam pembinaan dan sudah tentu akan ada lagi yang bakal dibina. Kuala Lumpur yakin akan dapat bersaing dengan bandar-bandar lain di rantau ini.

Kuala Lumpur sedang menampakkan ciri-ciri moden dalam rekabentuk bangunan. Bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah semakin ditelan, tambahan pula bangunan bersejarah begini terlalu amat kurang di Kuala Lumpur. Walau bagaimana pun ini lah pembangunan dengan erti kata kemodenan. Kesesuaian pemikiran dan idea mengikut masa. Akan adakah nanti satu bangunan yang direka  mengikut rupa bentuk, rekaan dan sifat nilai kemelayuan. Penciptaan adalah jiwa, Seni adalah perasaan. Ini memerlukan perbelanjaan, pengorbanan masa yang terlalu mahal mungkin. Sudah tentu banyak pihak yang akan terlibat, maka kita hanya tunggu dan lihat suatu yang mungkin atau tidak mungkin terjadi. Saya akan terus memotret wajah-wajah Kuala Lumpur.   









Friday, 13 May 2016

PHOTO : Saya dan Wedding Ceremony

Sudah lama sangat tak usik-usik blog ini, macam sudah dilupakan tetapi tidak lah lupa terus.. Masih ingat cuma tiada bahan yang nak dimasukkan. Ini sebahagian daripada simpanan gambar-gambar yang saya montagekan. Saya rasa ini antara yang terbaik untuk tatapan dan ini juga yang terbaik untuk dipertontonkan hehehe.... Ada diantara gambar-gambar ini saya cuba konsepsualkan, asal tidak terlalu tertumpu kepada maksud subjek sebenar. saya juga cuba menyelitkan unsur fine art dalam beberapa keping gambar ini, tetapi tidak terlalu, takut tersasar dari maksud sebenar gambar ini diambil. Warna Merah dan Hitam adalah warna koporat syarikat, jadi saya gabungkan warna-warna itu dengan warna-warna subjek..dengan harapan menjadi dan Ya... memang menjadi.
Majlis Perkahwinan detik kenangan sekali dalam seumur hidup .. Tetapi ada juga yang berpeluang dua kali atau lebih, namun yang pertama kali sebenarnya lebih bermakna lebih meriah dan ada kepelbagaian terutama susun cara majlis dan persiapan. Saya lebih gemar merakam acara-acara yang berunsur adat lama, tetapi hari ini teramat jarang dapat kita lihat rugi rasanya adat dan syarat sudah mula hilang. Tumpuan hari ini sekadar mengadakan majlis dengan mengikut kretiviti masing-masing. Ada Gimik, ada Tema warna. Majlis ringkas dan biasanya akan tamat pukul 4 petang dan disusuli dengan foto outing. Kalau hujan kempunan je lah... pengantin  masuk bilik tukar baju dok lepak tengok apa yang boleh dibuat lagi.


Saya sentiasa cuba merakam kemeriahan sesuatu majlis. Pengantin mesti nampak ceria gembira dan segar sewaktu posing, beraksi tanpa kekok dan kaku, mesti nampak saling romantis, mesra dan bersahaja. Memang susah untuk melakukannya didepan kamera. Kerjasama antara pengantin dan jurugambar akan dapat hasil seperti gambar-gambar saya ini. Bagi saya ini sudah cukup. Pose saya tiada gimik, saya sudah ada konsepnya, pose duduk atau berdiri yang bagaimana kelihatan menarik dan bersahaja namun bermakna.

Majlis Perkahwinan sudah menjadi sebati bagi saya. Pada awal zaman remaja saya pemain kompang, jadi ketua pulak tu...saya juga ketua kumpulan penanggah. saya juga jadi DJ dirumah orang kahwin. Zaman itu sekitar tahun 1979 (bermula) orang akan jadi pelik bila tengok DJ, rasanya kumpulan saya sahaja yang buat kerja ini pada masa itu. Kami putarkan lagu dan ada permintaan lagu jugak. buat muka tak malu je tapi seronok ramai peminat, setiap minggu saya kumpul alamat awek-awek yang nak berkenalan. Glamour U. Beberpa tahun kemudian saya mula memiliki kamera dan dari situ lah kehidupan saya dengan orang kahwin menjadi sebati. Rasanya segala selok belok urusan perkahwinan saya tahu, cuma tak jadi Wedding Planner saje, kenapa? .. Entah. Saya seronok, puas dan dapat menimba satu daripada bahagian ilmu Budaya Melayu.   

Potret Fotografi adalah kegemaran saya. Dalam sebuah Potret kita dapat memahami perasan orang. Saya cuba mengukir perasaan pasangan pengantin pada waktu itu. Saya harap mereka akan meyimpan dan mengenang saat-saat hari itu. Pasangan pengantin akan berharap majlisnya menjadi sesuatu yang bermakna dan istimewa, begitu juga keluarga mereka. Saya cuba merakamkan disetiap bahagian majlis, momen acara, aktiviti dari luar hingga ke pentas pelamin. Candid, group photo, kawan-kawan, saudara mara termasuk barang-barang persiapan. Biasanya saya akan bersama-sama seorang lagi kawan membantu merakam momen penting dimajlis ini. Pengantin puas hati saya juga turut puas, hilang rasa penat.  







Saya akan sentiasa dan terus berkhidmat dimajlis perkahwinan. Selagi sihat dan selagi ada yang sedia memerlukan khidmat saya. Boleh hubungi saya bila-bila pun, melalui telepon 019 204 1361 atau whatsapp 011 2904 8774. harga boleh kita rundingkan. Anda kaya atau biasa-biasa saje... harga saya tetap sama, rezeki tidak menentukan siapa yang memberi. Berapa yang ada cukup untuk hari itu.  

Untuk akan datang saya sedang menyiapkan Black & White Photography saya.
Berkonsepkan Fine Art sebagai portfolio.       >Norman Yahya<

Tuesday, 10 March 2015

POSING PENGANTIN #ll

Bagi Saya yang paling susah bila nak memposingkan Pengantin Lelaki. Maklomlah lelaki kan Brutal. Biasanya mereka akan menjadi kekok, serba salah dan malu-malu bila berdepan dengan kamera. 
Kalau berdepan dengan pengantin Lelaki begini, terpaksa lah saya buat trick dan tipu-tipu untuk dapatkan pose yang saya mahu. Namun sesekali dapat juga pengantin yang buat post selamba, senang diarahkan dan tahu apa yang saya mahu.  

Ada juga pengantin lelaki yang pada mulanya malu-malu, tetapi bila dah mula pose beberapa shot, wah senang tak payang nak susah-susah lagi cakap sikit macam mana gaya dia sudah tahu nak menggayakan dirinya. 








Kamera: Olympus E5
Lens:      Zuiko ZD SWD 12mm - 60mm, Zuiko 50mm 1.4
              Zuiko 40mm - 150mm

Post Process: Olympus viewver 3
Editing: Paintshop Pro X6
             Corel Graphic Suite & Corel Paint

Terima Kasih Banyak-banyak kepada yang sering melawati Blog saya dan hasil kerja ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk tatapan. Jika ada yang ingin menggunakan khidmat fotografi saya sila tel: 019 204 1361 

          

Friday, 6 March 2015

PENGANTIN DULU-DULU

 Salam Sejahtera .. .. .. Bila memotret pengantin biasanya tidak banyak memberi kita ruang, lokasi dan masa untuk mendapatkan imej kreatif. Namun harus diteruskan atas kepercayaan dan amanah yang diberi. Bila balik mengadap PC memang ada sahaja benda-benda yang tak kena, sana sini kurang atau terlebih. Tetapi ini adalah bahagian fotografi yang saya minati. POTRAITURE.




Pengantin masa lalu lebih dipelbagaikan acara majlisnya... ada Majlis Berinai Kecil, esoknya Berinai Besar, ada juga Majlis Berkhatam. Yang paling berat bagi seorang jurugambar bab Persalinan. Pengantin Perempuan akan memperagakan pakaian yg disewa dari Mak Andam. Paling sikit 3 helai, ini tidak termasuk pakaian Majlis Pernikahan, Berinai dan Majlis Persandingan.
Rekod jumlah pakaian pengantin yang perrnah saya lakukan adalah 13 helai. Bermula dari malam sebaik selesai majlis berinai bersambung keesok  paginya hinggalah selesai jam 12 tengah hari. Kering idea nak memperagakan pengantin tersebut.  Seronok dapat shoot pelbagai jenis pakaian tradisonal maupun ala-ala negara pilihan. Antara pakaian popular waktu itu pakaian ala Bugis, Jawa dan minangkabau selain baju kurung moden dan kebaya. Ada juga Pakaian Trdisonal Jepun, Korea, Cina, ala ala Bolywood dan Siam. 
Pengantin sekarang lebih ringkas. Pakaian waktu bernikah dan Resepsi sahaja. Sebagai jurugambar terasa sunyi pula dengan kepelbagaian pakaian, tidak macam dulu-dulu meriah dengan pelbagai fesyen. Suasana dan cara hidup sudah berubah jadi corak kehidupan dan citarasa juga turut berubah.

Gambar-gambar di rakam menggunkan Kamera FIlem dan Digital.
Nikon FM. Lens:50mm 1.8 & 135mm 2.8
Hasselblad 500cm. Lens: Ziess Plannar 80mm f2.8
Olympus E500. Lens: 14-42mm & 40-150mm.
Re-Photo: Olympus E5. Lens ZD12-60..


Saturday, 28 February 2015

BW Manipulation. BW Art Photography.

Salam Sejahtera, Pertama kali saya postkan Idea saya yang begini,
namun saya masih mencari apakah  tajuk dan konsep yang patut saya namakan. Istana Kehakiman  ini saya manipulatekan sebegini,
mengubah bentuk asal. Reka bentuknya masih kekal ...
cukup menarik bagi saya setelah dibandingkan dengan bentuk asalnya.
 
 


Building Architecture BW Photography. 





Wednesday, 25 February 2015

Jambatan Warisan Putrajaya

Test Shot ... Inilah yang saya dapat setelah berpusing-pusing cari sudut yang menarik,  
pukul 2 .. petang matahari tengah terpacak panas sampai sakit kepala dibuatnya.. 
Saya akan ulang Shoot lagi untuk dapatkan  angle yang lebih baik, sambil tu boleh plan something untuk dijadikan 
Architecture Fine Art Black & White Photography.





Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...