Kamera Digital macam kereta jugak kot. Tak boleh di simpan lama.
Banyak ragamnya bila kita mula nak menggunakannya balik. Disini saya cuba setting program GRADATION kamera saya .. sehari dua ini gambar yang saya ambil terdapat warna merah yang berlebihan. Timbul masalah bila nak dapatkan SKIN TONE. Skin Tone amat penting bagi saya bila memotret. Banyak kita lihat sekarang ini potret pengantin khususnya, kekuningan dan kemerahan. Ada kalanya warna kuning dan merah terlalu kuat hingga merosakkan SUBJEK. Tak tahu lah Apa masalahnya, mungkin jurugambar itu sengaja berkarya begitu .. IMEJ KOT.
Setahu saya Kamera Digital ada kelemahannya yang mana kalau guna Nikon hasil gambar kemerahan dan Canon kekuningan, tapi tidak lah seteruk yang saya sebutkan diatas tadi.
Gambar ini saya ambil di Kedai Bundle.
Picture Mode: MONOTONE Gradation: LOW KEY
ISO: 200 Shutter Speed: 1/60 f. Stop: 3.5
Camera: Olympus e5
|
SHOT ini saya cuba dapatkan White Balance. Tak ada apa yang tak kena pada Kamera saya ini, mungkin sebab Settingnya berubah biasa lah benda Digital, kadang-kadang memang dia buat kita BIOL. |
Ini Pokok Bunga Jiran, tak tahu pula apa namanya. Jadilah SHOT Suka-Suka aje.... |
Ini Meter Paip rumah saya. Air Telus, tak de curi-curi tak baik
Picture Mode: NATURAL Gradation: NORMAL
ISO: 200 Shutter Speed: 1/100 f. Stop: 4
Olympus e5 Lens: HG 12mm-60mm
|
Penyapu buruk jadi mangsa Lensa Kamera, tak de Model Cantik pun tak apa.. Penyapu Buruk pun boleh jadi cantik bila masuk dalam kamera.
|
Tunggu, SHOT Suka Suka Bulan Ogos. Masih tak tahu SUBJECT apa .. tapi Tunggu aje lah ye :) Terima Kasih. |