Monday, 25 January 2021

Awei&Fatin


   

         Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi untuk sama-sama-sama manjauhkan kita dari dijangkiti satu wabak bahaya yang tidak kita nampak.

Maka Banyak Majlis perkahwinan terpaksa ditangguh dan yang sedang merancang perkahwinan terpaksa memikirkan sama ada untuk bersabar atau terus dengan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan. Jurugambar majlis perkahwinan ramai yang mengeluh, apa nak buat, terima sahaja apa yang menimpa, namun masih ada yang berpeluang melangsungkan perkahwinan walau dalam keadaan yang tidak semeriah dahulu. Saya juga menerima tempahan-tempahan yang terpaksa ditangguhkan. Kena tunggu tarikh dan kelonggaran syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akhirnya ada juga peluang yang datang... alhamdulillah. 

Majlis Pernikahan Awie dan Azzra sempat juga dilangsungkan pada Dis 2020 Di Kuala Kubu.    
Sederhana, Meriah dan yang penting ikut SOP. Lokasi Pengambaran luar di Pekan Kuala Kubu dan disekitarnya. Banyak tempat menarik disini, rumah-rumah kedai dengan reka bentuk lama serta pokok-pokok yang berusia.

Ada banyak lagi lokasi yang sepatutnya jadi sasaran saya, namun cuaca tidak mengizinkan.
Kami stop setakat ini. Apa pun semuanya berjalan lancar. Pengambaran succes. Alahmdulillah.
























 
 Selamat Pengantin Baru semoga pasangan ini beroleh kebahagian dan keberkatan. Insyaallah.


norman photographic

Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...