Monday, 25 January 2021

Awei&Fatin


   

         Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi untuk sama-sama-sama manjauhkan kita dari dijangkiti satu wabak bahaya yang tidak kita nampak.

Maka Banyak Majlis perkahwinan terpaksa ditangguh dan yang sedang merancang perkahwinan terpaksa memikirkan sama ada untuk bersabar atau terus dengan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan. Jurugambar majlis perkahwinan ramai yang mengeluh, apa nak buat, terima sahaja apa yang menimpa, namun masih ada yang berpeluang melangsungkan perkahwinan walau dalam keadaan yang tidak semeriah dahulu. Saya juga menerima tempahan-tempahan yang terpaksa ditangguhkan. Kena tunggu tarikh dan kelonggaran syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akhirnya ada juga peluang yang datang... alhamdulillah. 

Majlis Pernikahan Awie dan Azzra sempat juga dilangsungkan pada Dis 2020 Di Kuala Kubu.    
Sederhana, Meriah dan yang penting ikut SOP. Lokasi Pengambaran luar di Pekan Kuala Kubu dan disekitarnya. Banyak tempat menarik disini, rumah-rumah kedai dengan reka bentuk lama serta pokok-pokok yang berusia.

Ada banyak lagi lokasi yang sepatutnya jadi sasaran saya, namun cuaca tidak mengizinkan.
Kami stop setakat ini. Apa pun semuanya berjalan lancar. Pengambaran succes. Alahmdulillah.
























 
 Selamat Pengantin Baru semoga pasangan ini beroleh kebahagian dan keberkatan. Insyaallah.


norman photographic

Saturday, 23 February 2019

Az-Adhibah Idris & Mohd Shahiran A'mru

Selamat Pengantin Baru pasangan Az-Adhibah dan Mohd Shahiran selamat berlangsung meriah pada, 3 Februari 2019 di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju.









Tuesday, 21 November 2017

INGAT-INGAT LUPA.


Sesekali balik kampung duduk berkumpul bersembang
dengan cerita masing-masing sambil makan-makan minum-minum.
Akhirnya bila dah kenyang dan sudah habis modal bahan bicara
mata pun mula layu, nak tidur cuaca panas, duduk menung di pondok.
Fikirkan sesuatu, apa nak buat kemana hendak pergi. so last last  . . 
JADI MENGONG  . . .

LOKASI: HULU LANGAT.
TAHUN: SATU MASA DULU.

CHOICE .. VAT .. SUPERMAN .. VANDALISM .. Antara yang nampak, Satu luahan
perasaan atau saja-saja ikut-ikutan. Adakah ini satu hasil Karya Seni atau pun
gatal tangan saja nak menconteng Dinding-Dinding Kosong.
Alangkah cantiknya kalau kita dapat sekeping MURAL yang penuh keindahan seni
dengan satu karya yang ada nilai Tafsiran atau Budaya, setidak-tidaknya seronok dipandang.

LOKASI: TAMAN METROPOLITAN BATU, KUALA  LUMPUR.
MASA: SATU MASA DAHULU.

Satu masa dahulu saya cukup dekat dengan Seni Lukis. Saya minat sangat dengan Oil Painting
dan Water Color. Tetepi sekarang Strock pun sudah lari. Kerja yang perlu Penelitian,
Kesabaran dan Kesungguhan Kreatif. Sekarang saya lebih menumpukan kepada kerja-kerja
Graphic dan Fotografi. Ini kerja yang sangkut untuk menjana rezki saya.
Gambar ini saya ambil tanpa izin beliau, namun dia tahu dan sedar lensa kamera
saya diarahkan kepadanya. Gambar Curi juga la kan .. apa pun Terima Kasih kepada
anak muda ini "Artis Malaysia" SEMOGA TERUS BERKARYA.

LOKASI: CENTRAL MARKET, KUALA LUMPUR.
MASA: 3 TAHUN LEPAS.

Satu masa dahulu saya juga cukup dekat dengan tempat ini. KUBUR.
Saya suka tolong kawan saya menggali kubur bila ada kematian. Kebetulan
kawan saya ini seprang Penggali Kubur. Saya tolong ukur tolong meratakan, tetapi
saya tak larat nak menggali sebuah lubang kubur. Kerjanya sangat berat memerlukan
daya tahan dan kekuatan. Kalau kita selalu dekat, kita akan selalu ingat kematian kita,
kalau kita selalu ingat kematian kita, kita akan selalu insaf atas perbuatan kita.
kadang-kadang kita alpa untuk ingat mengingati sesama kita, dengan cara ini
kita dapat ingatkan diri kita sendiri. Insyaallah.

LOKASI: RAHSIA.
MASA: WAKTU PAGI, 3 TAHUN DAHULU.

Awei&Fatin

             Kita sedang dilanda covid19, sudah setahun kita lalui dengan Norma Baru. Banyak kita ubah, ada SOP yang kita kena turuti demi u...